12 April 2011

Lawak Pakcik-Pakcik

Aku adalah peminat tegar hasil karya kartunis Lambok. Lawak-lawak dia memang dinamik, segar dan tiada unsur-unsur olahan semula idea lawak yang sudah sedia ada. Tambahan dengan gaya persembahannya yang kemas dan terperinci, tidak salah rasanya jika aku nobatkan kartunis Lambok sebagai kartunis idola buat masa ni. Maka sebagai menghargai bakat yang rare ini, aku tampilkan dua hasil karyanya yang memaparkan konsep lawak pakcik-pakcik untuk tatapan bersama. (sila klik gambar untuk daya penglihatan yang lebih jelas)


p/s: Aku ada terbaca dalam satu artikel, rupanya Lambok ni pernah ambik kursus senibina. Patut le lukisan bangunan dia ada elemen-elemen senibina yang nampak detail. Iskk.. rasa gian pulak nak melukis balik...


0 komen: