21 October 2010

Tragedi Nescafe


Ani Kamsiah sedang bersiap-siap hendak menghadiri jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di rumah Dato' Malim. Dia mengenakan pakaian yang paling glemer hari itu. Kelihatan suaminya, Razif sedang menunggu Ani Kamsiah bersiap sambil mendukung anak sulung mereka yg baru berusia 6 bulan, Zafi. Sambil menunggu, tangan kanannya rancak menyuap kerepek pedas basah dan tangan kirinya berusaha untuk mengimbangi badan Zafi yang sudah pandai membuat beberapa aksi akrobatik.

Ketika mereka sampai di rumah Dato' Malim, kelihatan ramai tetamu yang sudah beransur pulang. Namun, masih ada tetamu lain yang datang silih berganti memeriahkan majlis. Turut hadir di rumah terbuka Dato' Malim itu adalah abang kepada Razif, Hazmi dan keluarganya. Selepas bersalam-salaman dan bertegur sapa di perkarangan rumah, mereka dijemput masuk ke dalam.

Menu yang dihidangkan adalah mee kari, ketupat bersama serunding daging dan pencuci mulut puding gula hangus. Tidak ketinggalan juga minuman berperisa oren dan nescafe panas. Menu ini sudah cukup menyelerakan bagi mereka yang sengaja simpan perut nak makan free kat rumah terbuka. Razif agak sedikit kecewa apabila mendapati sate tidak termasuk dalam senarai menu hari itu.

Ani Kamsiah dan Razif cepat-cepat mencari lokasi strategik sebagai port pemakanan mereka dan bergilir-gilir pergi ambik makanan sambil memegang Zafi untuk memastikan port mereka tidak dirampas kuasa. Tidak lama kemudian, datanglah Hazmi dan anak kecilnya menyertai port pemakanan mereka.

Ketika itu adalah giliran Razif menyetelkan makanan dan Ani Kamsiah pula berperanan memegang Zafi. Sedang Ani Kamsiah asyik mengagah anak kesayangannya itu tiba-tiba matanya terpandang secebis serunding daging yang mungkin tercicir dari pinggan tetamu. Di dorong oleh niat yang murni, Ani Kamsiah dengan aksi pantas seperti cerita kungfu Jackie Chan menangkap lalat terus mengutip cebisan serunding daging itu.

"Eh kat sebelah laki aku tu ada gelas orang tinggal agaknya.. Dah tinggal separuh pun neskape tu.. Elok le aku buang kat situ.. takyah aku jalan jauh-jauh cari tong sampah.. " kata Ani Kamsiah bermonolog sendiri dan terus membuang cebisan serunding daging tu ke dalam gelas tersebut.

Hazmi ketika itu sedang enak menyuap mee kari ke dalam mulutnya dan anak kecilnya. Tiba-tiba dia berasa macam nak tercekik. Terus dia mencapai air nescafe di sebelah adiknya, Razif yang sengaja diletakkan agak jauh kerana takut anak kecilnya tertumpah dan minum dengan rakusnya.

Kali ni Hazmi rasa macam ada makanan lain pulak dalam mulut dia. Ani Kamsiah buat-buat sibuk membelek rambut Zafi.


9 komen:

vagg© said...

hahahahahahahaa tolonggggggggggggggggggggggggggggggggg i hate u, suami

J@J@ / Bini The Rock said...

aku dah gelak jugak ni...
keh keh keh keh ...

sedap tak hah rasa neskepe + seronding??

xD

Misz HoNey said...

hahahha..

sedap per serunding neskape tuh.. ani kamsiah bole la wat minum petang tuk razif nanti...

wahyuwazie said...

miahahahah..i like la this cerpen..ahahaha

Misty said...

ekekeke... love it!

che^amad said...

vagg: hahaha jangan ada benci..

jaja: tatau le sedap ke dak.. kena tanye sama incik hazmi.. keh keh

mandot: ko jangan nak buat eksperimen kat hadi pulak ye dot..

ayu: terima kasih kerana like..ahaha tetiba je

sis: heee i'm loving it too.. dapnyeee beger.. wakakaka

LoveHaterZ said...

wakakakaka.... aku boleh imagine oh! takleh blah bila Cik Ani tiba2 buat2 sibuk belek rambut Zafi...hahaha! terasa nak beli la cerpen ni! ;D

che^amad said...

ima: tinggi daya imaginasi ko neh ima.. hahaha..
kalo nak beli, aku jual murah jek.. 18juta yen.. keh keh..

Honeydew said...

hahahaaa...
aku baru baca posting ini...
aiyookkk!! pastu apa Hazmi cakap?
dan apa pulak Ani Kamsiah buat..?

habis setakat buat donno jer ke..?
hadoiii.. lawokk wehh... ;D