13 March 2010

UlangTahun Perkahwinan Pertama


Hari ini genaplah sudah setahun perkahwinan kami. Pada saat entri ini ditulis (err taip) isteriku sedang berada di hospital menunggu kelahiran anak pertama kami. Semoga isteri dan anakku selamat semuanya. Kalau lahir hari ni, memang anak aku tu pandai memilih tarikh kemunculan dia di muka bumi ini. Dan adalah satu hadiah ulangtahun yang terbaik buat kami.

Memandangkan aku masih dalam situasi tak berapa nak sedap pasal isteri aku sudah 6 hari berada di hospital, maka aku ringkaskan entri ini dengan ucapan semoga perkahwinan kami akan terus berkekalan aman bahagia di dunia dan akhirat. Semoga kehadiran orang baru tidak lama lagi akan lebih memberikan impak harmoni kepada institusi kekeluargaan kami. InsyaAllah...

5 komen:

Teacher Amy said...

Hearties Congratulations 2 both of u, Nadzif and Aini :))

Mohd Khairumi said...

Ya ya... me too, (akhirnya GabanZ hupdet blognya) hu hu hu

JM said...

epi enibeseri beb..tak sangka dah setahun aku ke Ganu nun..cepat sungguh mase berlalu... huuuu

LoveHaterZ said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan beb, semoga semuanya selamat didunia dan akhirat.. aku juga doakan vagg selamat melahirkan anak sulung korang. Amin. :)

che^amad said...

terima kasih semua.. kataku membalas secara pukal.. ekekeke