15 March 2010

Syukur Ke hadrat Ilahi



Aku sempat merakamkan beberapa aksi Afi semasa dia tidur dengan menggunakan teknik 'musuh dalam selimut' ketika nurse sibuk bersembang pasal menu makanan tengahari tadi.

Tajuk dah macam tajuk cerekarama kalau ada sambutan Maulidur Rasul atau Maal Hijrah. Tapi nawaitu utama yang ingin aku sampaikan di sini adalah, aku bersyukur dengan limpah kurnia dari Allah SWT maka isteri aku akhirnya selamat melahirkan anak kami yg pertama pada 14 Mac 2010 jam +-9.30pm (4 hari awal dari harijadi bapanya.. kataku bukan nak mempromosi harijadi sendiri). Jisim berat bayi ketika dia ditimbang adalah 3.09kg iaitu mungkin hampir menyamai jisim berat sebelah lengan aku.

Kami namakan putera sulung kami Afi Zufar (pada saat entri ini ditaip, nama ini belum dipatenkan lagi di Jabatan Pendaftaran Negara). Kalau nak tahu maknanya silalah tanya encik Gugel. Memandangkan peraturan hospital di sini agak ketat, sebarang aktiviti fotografi adalah dilarang sama sekali oleh itu imej Afi terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu.

Buat ibu, semoga cepat sembuh selepas menjalani pembedahan (Caesarian Section) dan kena rajin makan ubat. Apa-apa pun, syukur sekali lagi kerana segalanya telah selamat.

6 komen:

LoveHaterZ said...

Tahniahhhhh! Alhamdulillah!

Afi Zufar..sedap nama tu.. bleh tak tlg bgtau je aku apa makna dia? Aku nak tanya Encik Gugel tp dia takde..coti kot ;p

Semoga Vagg juga cpt sembuh! :)

Teacher Amy said...

Alhamdulillah...
rasanya selain daripada korang berdua,makngah la yang paling gembira nihh..tadi dah buat lompat bintang doblas kali dah..ekeke ;D
harap2 adikku itu segera sembuh..siann dia...itulah pengorbanan untuk menjadi seorang ibu..uhuk uhuk :'(

JM said...

congrats beb... mak ngai samo betul cam muke mibu die ok... siyes..ekekeke

dah jd bapak dah ko ni gabanz oi.. ehehe

kem salam vagg ok...

moga lekas sembuh

ayu@iu said...

tahniah.. wah.. muka baby sebijik muka vagg ar.. ehehehe

tahniah! tahniah! tahniah!

strawberi said...

tahniah..aku tak sangka ade 2 apdet sekaligus ble aku masuk blog gaban nih..tahniah abah afi

hanina said...

baju baby mesti cap FIFFY.haha.Hana pun ada!