03 January 2010

Ride Taman Negara.. Episod 2

Setelah sekian lama memendamkan entri ini dalam draf, aku berusaha gigih untuk mem'publish'kan ia akhirnya. Sesiapa yg dah lupa episod pertama boleh le buat ulangkaji balik.

Akhirnya, setelah berhempas pulas (pulas throttle) maka sampailah kami ke destinasi yang ingin dituju. Terpancar keriangan di wajah masing2 umpama kanak2 riang mendapat barang mainan ketika membeli Tora.

Antara barisan kuda2 besi yg berjaya mengharungi cabaran off-road.

Semua orang sedang khusyuk mendengar otai bercerita pengalaman permotoran beliau. Aku pula dengan eksyennya memandang ke arah lain sambil berpeluk tubuh.

Aku tidak melepaskan peluang untuk berasai kesejukan air. Nak berenang tak pandai maka dapat berendam pun jadilah. Muehehehe..

Jambatan gantung yg terdapat di taman negara ini. Takdelah tahap mencabar mana. Boleh berjalan sambil membuat aksi makan nasi lemak kalau mahu.

Antara percubaan mengambil gambar pemandangan di taman negara ini dengan menggunakan kamera digital yg dibawa khas dari Terengganu (hasil bodek dgn isteriku).

Lagi percubaan mengambil gambar pemandangan.

Dan satu lagi percubaan aku. Indahnya ciptaan Tuhan.

Gambar wajib yg perlu diambil kalau pergi ke mana-mana sebagai bukti kita dah sampai kat tempat tu. Kalau tak ambik gambar ni umpama makan nasi goreng ayam takde ayam goreng le.

Sebelum bergerak pulang, haruslah kena ambil satu lagi gambar solo bersama motor berkuasa rendah aku yg telah bertindak cemerlang dalam ride kali ini.

Selepas menempuh semula jalan2 yg penuh mencabar, kami berhenti rehat dulu kat pejabat urusan pihak taman negara sambil minum teh tarik segelas dua. Untung kedai tu dapat ramai pelanggan hari tu.

Macam biasa ambil gambar motor secara berjemaah sebagai kenangan.

Kami juga tidak membuang masa begitu saja masa berehat. Selaku rider yg berkaliber, kelihatan masing2 sedang serius berbincang bagaimana hendak memodifikasi enjin jet Sukhoi untuk dimasukkan dalam motor.

Perhentian terakhir kami untuk makan malam sebelum berpisah ke destinasi masing2. Kalau tak silap kat RnR Seremban rasanya (itu le lama sangat entri tertunda dah payah nak ingatkan balik fakta). Lepas itu kami bergerak pulang dan selamat sampai ke rumah dengan seribu kenangan.

Sekian saja entri aku pasal ride ke taman negara tahun lepas. Memang sawang tahap gaban punya entri setelah sekian lama episod 1 disiarkan. Nampaknya kena cari idea lain bagaimana nak mencapai wawasan sawang sifar.

6 komen:

INTANKUTERPILIH said...

masa konvoi tu takder tragedi tayar pancit ker gabanz??

che^amad said...

sepanjang perjalanan tu Alhamdulillah takde pulak kejadian yg tak diingini berlaku.. lagi pun pakai tayar tubeless so kebarangkalian utk pancit agak kurg le.. hehehe

Misz HoNey said...

neh msti ko akan apdet lg tawon 2011 kan...

ekekekkeke

che^amad said...

ko memang dengkis mandot.. tapi ok le daripada ada org terus 'hilang'kan blog dia.. muehehehe

Misz HoNey said...

ekekke ampes...

aku bukan ilangkan..."berehat" kejap. at least dlm tawon tu..byk gak la entry kan..dr setawon satu entry...

muehehhee

StingRay said...

hoh...air jeram cantik baiiii....! sedap nak main selam-selam tu.