01 January 2010

3 Tahun


Setelah sekian lama aku menyepikan diri dari dunia perblogan akibat sindrom kemalasan yg menguasai diri, maka kini aku mengambil kesempatan sempena sambutan jubli titanium yg ke-3 untuk menyambung kembali legasi blog aku.

Tidak banyak yg terjadi sepanjang aku menyepikan diri. Cuma yg terkini adalah aku dan isteriku sedang berdebar-debar menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan segalanya dalam keadaan selamat. Barang-barang persediaan pun masih ada yg tak lengkap lagi. Biasa le beli secara runcit-runcit mengikut kadar ekonomi yg terhad.

Dan hingga kini aku masih berkerja di Kuala Lumpur. Masih belum ada rezeki untuk menjadi pemastautin tetap di Terengganu. Namun menjelang hari kelahiran orang baru, aku akan berpindah sekejap ke kampung membuka pejabat sendiri di rumah sehinggalah boss aku panggil balik. Harap-harap lama le boss aku kasi balik. Sekarang kena berlatih menyalin lampin sambil buat drawing autocad.

Sekian saja entri pendek aku sebagai pembuka bicara untuk tahun baru 2010 ini.

4 komen:

vagg. said...

ohhh nombor 3.. nombor yg sgt best.
kalo encik gaban dijangka masuk labour room 3/3/2010 okey jugak kan. haha

LoveHaterZ said...

aku mcm tak caya gaban apdet blog. sumpah. ;D

che^amad said...

>>vagg: hehehe nombo 3 mmg best of the best.. pulak tu bergabung tenaga ngan nombo 18.. hahahaha...
hoh kalo 3.3.10 tu mmg cun jgk.. heeee

>>ima: sila le percaya ima. ini adalah realiti bkn fantasi.. wakakaka

Misz HoNey said...

selamat menyambut jubli titanium ke 3. Kalo ko hapdet lagik tawon depan jgn lupe bgtau aku...

akakkaka