01 August 2009

Ride Taman Negara.. Episod 1

Seperti yang pernah aku beritahu dalam entri lepas, aku telah menyertai satu konvoi ke Taman Negara Endau-Rompin-Selai yang terletak di negeri Johor. Kali ini kita akan mengikuti satu pengembaraan bergambar yg penuh mencabar ke sana. Eceh padahal biasa aje. Nampaknya aku meneruskan kesinambungan entri bergambar kerana tak payah nak karang ayat panjang2 tapi nampak dah berjela entri aku. Muehehehe...

Ini adalah permulaan satu perjalanan yg bakal menjanjikan seribu memori. Para peserta konvoi berkumpul di stesen minyak Shell selepas tol sungai besi pada pukul 4.00 pagi.. masa ni semua kelihatan bersemangat aje padahal kalau dapat tidur memang best waktu2 sebegini. huhuhu.. Errr tak dapat dipastikan adakah para peserta mandi pagi itu atau tidak. Kui kui kui...

Inilah jentera tunggangan yg akan membawaku membelah kedinginan pagi menuju ke destinasi. perghh dah cukup sastera rasanya ayat aku ni. hehehe aku hanya membawa bekalan pakaian secukup rasa dan alas utk tidur. Penting wooo alas nak tidur dlm hutan. Nanti tak lena tidur lak. Heheh..

Baru sampai di exit tol Tangkak. Di sini ada beberapa buah motor lagi akan masuk ke dalam kumpulan konvoi kami. Masa ini keadaan sekeliling sudah mula cerah.

Lagi satu gambar di tempat yg sama dengan jarak fokus lebih dekat. Saja nak tunjuk muka aku yg ketawa riang. Ekekeke.. Pemandu lori kat belakang tu sempat interview salah seorang dari kami nak pergi ke mana. Nasib baik dia tak join sekali pergi ke taman negara.

Bersedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi. Kami akan mula melalui jalan biasa selepas ini jadi dapatlah melihat pemandangan sekeliling.

Kemudian kami berhenti rehat di pekan Tangkak utk mengisi perut yg kelaparan. Makanannya takdelah sedap mana tapi bolehlah setakat nak mengalas perut. Namun kita tidak digalakkan makan alas meja utk mengalas perut ye..

Selepas mengisi perut, kami berhenti utk mengisi minyak pula di pekan Labis bagi motor yg bertangki kecil. Motor bertangki besar membuat aksi akrobatik semasa menunggu kami selesai penuhkan tangki (acah aje.. hehehe)

Dalam perjalanan ke Taman Negara itu kami melalui kawasan perkampungan yg indah permai pemandangannya. Masing2 cukup berdisiplin sepanjang konvoi ini dengan mematuhi hadlaju yg telah ditetapkan.

Antara liku-liku jalan yg perlu kami lalui untuk sampai ke destinasi perkhemahan. Ada beberapa peringkat lagi cabaran jalan yg akan kami lalui selepas ini.

Kami terpaksa berhenti sebentar kerana ada seorang peserta yg mengalami kemalangan kecil. Sempat jugak motor aku menyelitkan diri bergambar sewaktu orang duk sibuk membantu peserta tersebut.

Aku tidak mahu ketinggalan menyibukkan diri konon macam tahu aje padahal satu hapa pon tak reti pasal motor. Ekekeke.. Nasib baik motor brader ni tak rosak teruk dan dapat meneruskan semula perjalanan ke destinasi dgn lancar. Jauh jugak tu nak patah balik.. huhuhu

Seterusnya memasuki peringkat jalan yg lebih mencabar. Jalan yg berbatu kecil. Silap gaya boleh tergolek kerana tayar tak cukup mencengkam.. hehehe..

Selain cabaran jalan yg berbatu kecil, taman negara ini turut menyediakan cabaran berbukit yg tidak berapa nak bukit tapi cukup utk menguji kemampuan menangani jentera yg ditunggang. hohoho..

Antara motor yg mengharungi cabaran jalan-tutup (off-road?).. Aku takde idea lak nak taip apa dah.. nantikan sambungan episod 2 akan datang (bila nak datang tu? haaa itu kita tak tahu.. ekekeke)

10 komen:

vagg. said...

ketika kamu sedang syok nunggang motor menikmati pemandangan.. saya pula berguling2 di rumah kesedihan wakakakaka.

hampehnyeeeeeeeeeeee ntah bila la nk update lg. xkan bulan 9 nih, bro? agak2 la walopon konsep blog nih update sebulan sekali.

bro=abang. wakakakakaka

che^amad said...

alalala siannye isteriku berguling2 kesedihan yek..

hahaha akan diusahakan episod 2 dlm bulan ni jgk.. mungkin ujung bulan kot.. wakakaak ok dak yang?

strawberi said...

adui la gaban..pengapdetan ko nih..mmg wat aku gelak utk kesekian kali nya
weii..ko ckp org lain tak mandi pg..ko ?mandi tak..jeng..jeng

JiaNg said...

gabang siap mandi wajib lagi tu minah hohoho...

Misz HoNey said...

amboi gabanz skang...
mengapdet dengan penuh bunga2an...
penuh kejiwang2an..
ekekke.

a'ah la..ko mandi pg ke x banz??

che^amad said...

>>minah: ekeke aku mandi le wehh.. tapi 8 jam sebelum tu ler.. wakakaka

>>jiang: ahhh sebok le ko jiang.. muahahaha..

>>mandot: ekekeke mana de bunge.. tu buah2an le weh.. apa daaa...

sila rujuk pada jawapan aku kat minah yek.. ekekeke

LoveHaterZ said...

bukan ke taman negara rompin tu kat pahang?
memandai je ko ckp kat johor..
ke map kat malaysia dah bertukor?
ke aku yg tak tau?
aku org johor ke? ke?
saja je ko buat aku konpius.. hehehehe!

halym said...

UII..ADE GENG FZ150i KE TUH...MENCIKK

che^amad said...

>>ima: err kalo tak silap aku ini sempadan pahang dgn johor le.. tapi kitorg masuk ikut jalan johor..

so utk menghilangkan kekonpiusan ko, mmg kitorg masuk ikut johor.. hehehe

>>halym: bukan takat geng FZ150i aje.. geng LC, geng EX5, geng Belang150R dan mcm2 geng lagi le yg join.. hehehe

Jeng!Jeng!Jeng! said...

Ko memang tak ada kerja, kan JIB? Apa hal la ko pergi naik motor jauh2 tu.... siap masuk semak semua...hutan lagi.. tak ada faedah langsung.. memang suka naik motor...budak ni kalau dibiarkan ... dia boleh naik motor sampai Afrika ni