26 June 2009

160309

Perghhh lamanya aku biarkan entry ni dalam draft. Demi memenuhi kuota bulan Jun maka dgn penuh gigih dan semangat kental aku cuba menyiapkan entry yg sekian lama terperam ini. Sebagai pemangkin untuk mendapatkan kembali suntikan semangat mengemaskini blog yg asyik terbiar ini, sekali lagi aku membuat rombakan kabinet eh rombakan template blog. Sesuai dgn cogankata baru aku, biar rajin tukar template walaupon malas buat entry. Muehehehe..

Memandangkan episod terakhir majlis perkahwinan aku yg sudah ala2 basi ini belum tersiar, maka aku dengan rasa senang hatinya menjadikan ia modal untuk entry bulan ini. Semoga bulan2 yang akan datang bakal menyaksikan perubahan paradigma semangat berblog aku. Kui kui kui.. Taip banyak pun tak guna marilah kita bersama2 melihat gambar disajikan.. hehehe aku malas nak susun ikut kronologi jadi belasah aje le...

Sessi bergambar secara berjemaah yg diketuai oleh si Jm berselendang hijau. Masing2 mengawal pernafasan utk memastikan gambar adalah kelihatan natural. Heheh..

Kami cuba memberikan pose yg paling mantap sambil berusaha mengekalkan keaslian wajah masing2 dengan berlatarbelakang printer dan perkakas lain yg berserabut dengan segala macam kabel. Memang asli betul!

Lepas lenguh duduk, kami ambil gambar berdiri pulak.. Mengikut perancangan, sepatutnya ada gaya bergambar sambil berguling2 dan bertenggek atas almari belakang tapi dibatalkan pada saat2 akhir kerana tidak sesuai dgn ciri2 ketimuran. hahaha..

Kami cuba membuat acara bulatan seperti yg lazim dilakukan apabila berkumpul ramai2 tapi tak berapa nak bulat pula jadinya. Jiang sedang berimaginasi duduk di atas kerusi pelamin bersama pasangannya. Heeee...

Masa ini aku sudah tidak mampu untuk duduk bersila kerana halangan perut yg tidak berhati perut. ekekeke...

Ketika ini mereka sedang dalam proses berpeluk-pelukan untuk berpisah buat sementara. Sempat jugak anak buah aku meng'enterframe'kan diri di saat-saat dramatik begitu.. muehehehe..

Semua sedang asyik menikmati hidangan nasi minyak termasuk dgn pengantin2 sekali.. wakakaka.. Aku pun malas nak ulas panjang. Hahaha...

Kelihatan JM sedang asyik menggaru kepalanya yg byk kelemumur kerana
dia menggunakan syampu yg tidak mempunyai anti-kelemumur.. ekekeke..

JM masih lagi berusaha utk memastikan kelemumur di kepalanya dinyahkan tanpa menyedari lensa kamera masih gigih merakamkan aksinya itu. Ketika ini Ima sempat menggelakkan Jm sambil berkata " tuh le ko.. aku dah soh try guna syampu utk keta tapi ko degil taknak percaya.. lihat rambut gua neh.. guna siku pon bolehhh.."

IU sedang beremosional dgn pengantin perempuan. Aku hanya mampu memandang dgn sayu sambil berharap IU tidak akan mencolek pengantin perempuan itu balik sekali nanti. huhuhu..

Satu lagi gambar secara berjemaah dari sudut lebih dekat. Malang buat Ima kerana hanya kepala, sebahagian badan dan tangan kirinya saja yg kelihatan. Hahaha...

Aku juga nak ambil kesempatan utk mengucapkan infinitian (ada ke ayat ni?) terima kasih kepada ahli² keluargaku yg banyak membantu dalam melancarkan majlis perkahwinan ini. Sebagai mengenang jasa² mereka, aku paparkan wajah² mereka yg terlibat dgn penuh bergaya sekali.


Dimulakan dgn yg paling muda tak berapa remaja iaitu adik bongsu aku yg masih single dan available. Kalau ada sesiapa yg ingin berkenalan, peluang masih terbuka. Antara peranan penting yg dipegang semasa majlis itu berlangsung adalah sebagai AJK bahagian pengairan dan peminuman.

Abg kedua aku... byk membantu di bahagian dapur sambil mengambil kesempatan meratah ayam goreng (sekadar rekaan penambah perisa). Gambar isteri dia tak ada pula dalam galeri mungkin sibuk melayan kerenah anak2 kecilnya..

Kakak aku yg banyak membantu ibu menguruskan urusan majlis perkahwinan ini.. Di sebelahnya adalah si Firas budak pelat bermulut becok. Hehehe.. Sila abaikan anak buah aku yg tamak memonopoli air mineral.

Ini adalah abg ipar aku merangkap suami kepada kakak aku. hehehe.. gambar hanya sempat dirakam dari sudut belakang kerana beliau terlampau sibuk menjaga bahagian pernasikkann dan perlaukkan di ruang makan.

Abang aku yg sulung.. Juga lebih glamour dengan nama Abang Cincin Besor kerana memiliki koleksi cincin2 yang boleh menghasilkan bintang2 berkelipan andai kena jentik kat dahi. Peranan utamanya adalah memberikan sokongan besar kepada dana majlis perkahwinan ini selain menjadi jurugambar semi-profesional.

Kakak iparku merangkap isteri abang long.. ketika ini dia sedang merenung tajam ke arah lauk pauk yang perlu dibungkus kerana dia 'incas' bahagian pembahagian nasi dan lauk pauk di dapur.

Inilah dia Haji Abdul Majid yang sememangnya begitu gigih berganding tenaga bersama-sama ibu dalam mereliasasikan majlis perkahwinan ini. 'My father is a hero'.. kataku memetik satu judul filem lakonan Jet Li secara tiba-tiba..

Dan akhir sekali adalah ibuku; Hajjah Zaimah yg menjadi nadi utama dalam menguruskan majlis perkahwinan ini. Kelihatan 2 orang cucunya turut sama menyibuk di sisinya. Beliau bertungkus-lumus utk memastikan segalanya lancar dengan bantuan dari suami tercinta. Jasamu tidak akan ku lupakan, ibu... kataku beremosional buat seketika. Ekekeke..

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada semua pihak yg terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjadikan perkahwinan ini satu realiti walaupun mungkin tidak sama macam rancangan realiti yang semakin popular kat tv sekarang ini.

Sekian sahaja entry aku kali ini. Dengan ini lengkaplah sudah entry edisi perkahwinan aku. Walaupun hanya secara ringkas tapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan tanda kenangan untuk masa hadapan (dalam ertikata lain aku ada jugak modal nak update blog.. wakakaka).. Jika ingin membaca laporan yang lebih lengkap dan informatif sila kunjungi laman blog isteri aku di sini.

11 komen:

vagg. said...

haahahahahahahahahaha hampehnyeeee
JM berkelemumur
smpai ati

vagg ingat abg gabanz tak sampai ati nk bgtau kat sini pasal kelemumur JM. sian dia (usaha nk kasi sesapa yg baca mmg caye JM byk kelemumur)

wkakakakakaka
nk pengsan ok.

emm adik abang gabanz yg buat air tuh dia buat air SIRAP BERPERISA STOBERI kan? air tuh ada rasa masin sket. mungkin dia berpeluh2 masa kacau air tuh wakakakakaka.

abang cincin beso sangat tak tahan hahaa. jaga la lu. gua report sama dia.

ahh byk sgt la aku nk ulas.

malas dah

JiaNg said...

betul ke tu abg2 n adik ko?? ke tu sume gambo ngko sendiri guna teknik mekap yang berbeza2??

JM said...

akakaka
ampes gabanzz
bukan kemomor la...kutu vavi tu..eekeke

gua gelak guling2 ok
ahahahah

che^amad said...

>>Vagg: hoh takpe nanti sambung lagi komen ye cyg.. ekekeke

heh jm tu mmg byk kemomo dan kutus.. muahahaha

ahahaha tu bukan peluh le.. mmg resepi dia wat air taruk garam le..

elehhh pegi le repot.. kataku sambil nyorok belakang gobok..

>>Jiang: ko ingat eddie murphy ke pegang byk watak dlm satu cerita? ekekeke

>>Jm: hahaha mula2 aku ingat nk cakap kutu tapi mcm ala2 kejam lak.. tapi since ko dah ngaku sendiri hilang rasa bersalah aku menyembunyikan fakta sebenar.. wakakaka

marts said...

Banz,

ko memang pemalas update blog.

Banz, bila aku leh jumpa kau ni? Aku nak hantar 2 hadiah kawen kau yg masih ada di tangan aku ni!!!

Nanti warranty habis lak.

Eke ke ke ke...

che^amad said...

>>marts: weekend neh aku free tak balik kampung.. kalo nak jumpe boleh le.. ko ada skating kat putrajaya dak? boleh le aku gi tengok ko tergolek sambil memegang 2 hadiah perkahwinan.. hahaha

LoveHaterZ said...

terkekek2 aku baca n3 si gabanz nih..hehe!

bestnyerrrr...rupanya byk lagi pic kitorg kat korang yekss.. rasa cam artis plak.. agagagaga! pandai jer hang nak buat dialog aku ngan jm yeks.. sekeh nak? ;p

vagg. said...

boleh le aku gi tengok ko tergolek sambil memegang 2 hadiah perkahwinan.. hahaha -<<< YA ALLAH ape ke kurengnya lu nih gabanz. xbaik tau buat marts camtuh. ujar vagg ngan penuh lemah lembut bertimbang rasa. wkaakkaaka

emm nk tmbah sket.. tak suka tol la gua tgk gambo bertandang nih.. mekap sgt lip lap. tak dangdut la camnih! hahaha

che^amad said...

>>ima: heheh gambo korg mmg banyak.. hahaha sekeh takmoh tapi kalo kasi lambchop aku mau.. wakakaka..


>>vagg: hahaha bertimbangrasa yek.. padahal dah pakat nak gelak kuat2 secara berjemaah kalo marts tergolek.. muahahaha

itu le.. kata jurumekap pro.. lawa lagi ketua kampung aku mekapkan.. kataku nak emo jugak..

strawberi said...

muka sebijik sama sume..nak2 abg cincin beso..walau nmpk dr tepi..tp mmg sebijik muka ko..hehe..

wpun ko jrg apdet..tp tiap kali ko apdet..wat aku gelak sakan..aduii

che^amad said...

>>minah: hehehe tu pasal le aku malas hapdet byk.. sian kat ko nanti penat gelak banyak2.. wakakaka