21 April 2009

140309

Wahh lamanya nak tunggu episod kedua entry pasal perkahwinan aku keluar. Kesibukan urusan kerja dan kemalasan yg melanda adalah penyumbang terbesar terjadinya fenomena ini. Dah lama pun terperuk draft entry ni sebenarnya..Ekekeke...

Kini tibalah masanya untuk kita menyaksikan paparan karangan bergambar yg seterusnya. Hua hua hua... Kali ini adalah sessi majlis kenduri di rumah pengantin perempuan pula.

Dengan gaya penuh syahdu berlatarbelakangkan buaian warna pink aku bersiap sedia untuk mengetuai rombongan pergi ke rumah pengantin perempuan.

Oleh kerana terlampau bersemangat untuk makan lauk pengantin, tanpa menghiraukan protokol aku pun membawa bekas hantaran sendiri yg sepatutnya dibawa oleh para pengiring. Ekekeke...

Sebaik saja rombongan kami sampai, jurugambar upahan mengarahkan agar semua ahli rombongan beratur dalam 2 barisan sambil menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita ketika berjalan menuju ke rumah pengantin perempuan (heh aku saja menambah)...

Dengan gaya seorang Yang Berhormat aku melangkah menuju ke arah rumah pengantin perempuan sambil tidak lupa mengamalkan teknik penahanan nafas supaya perutku sentiasa kelihatan ayu di pandangan khalayak ramai. Kes kes kes...

Kami menanti wakil pihak belah pengantin perempuan keluar menyambut. Nasib baik tak ada acara berbalas pantun atau bergurindam. Sebagai langkah berjaga2, aku sudah mengarahkan agar pengapit aku bersiap sedia dengan buku "Pantun for Dummies" yg disorokkan dlm poket seluar belakangnya..

Setelah hampir 3 purnama menunggu, akhirnya muncullah pengantin perempuan sambil diapit oleh 2 orang pengiring yg mengenakan baju bertemakan ala2 sedondon jugak.

Sebaik saja melihat aku berdiri gagah di luar pintu pagar, pengantin perempuan terus tersenyum riang sambil berlari2 anak menuju ke arah pengantin lelaki. Ahahaha sesedap rasa aku main bubuh ayat.

Dialog dalam gambar ini:
Kakngah: Eh apasal kasut ko tak match kaler dengan baju hah? hahhh kenapa? kenapa?
Aku: Alaaa kak stendet le.. kalo semua sama kaler kang jadik macam sivaji plak.. vavava.. ammakk!
Vagg: Hoih korang berdua jangan bersembang boleh dak? gua tengah nebes neh.. gua hempuk dgn bunga kat tangan gua neh kang!!!

Akhirnya setelah berbincang selama 38 minit di luar rumah, pengantin perempuan dan kakaknya telah mencapai kata sepakat utk mengakui bahawa pengantin lelaki telah memilih kaler kasut yg sesuai dan berjabat tangan sambil diperhatikan oleh pengantin lelaki. Kui kui kui..

Akibat tidak tahan menanggung lapar, aku cuba mengorak langkah pertama menuju ke dalam rumah pengantin perempuan tetapi sempat ditahan oleh kakak pengantin perempuan. Hihihi...

Inilah lauk pengantin yg dihidangkan untuk pasangan pengantin. Antara menu yg disediakan adalah nasi minyak, ayam percik, ikan masak apentah, udang cucuk ala2 sate dan pencuci mulut. Dua menu terakhir tu sayangnya tak sempat masuk dalam perut aku. Huk huk hukk.

Untuk mengaburi mata para hadirin, pasangan pengantin berlakon konon2 tak buat tak nampak makanan yg terhidang depan mata padahal dalam hati tak sabar2 nak rembat semua makanan tu.. Muahahaha..

Untuk menghasilkan gambar dari sudut begini, jurugambar yg merangkap abg long aku terpaksa membuat aksi meniarap sambil menahan perut selama 24 saat.. kui kui kui..

Pasangan pengantin memberikan satu jelingan maut buat tatapan semua pembaca. Kui kui kui..

Sebagai penutup untuk entry sessi kenduri ini, tatapilah 3 orang gadis pingitan yg sedang enak menikmati hidangan tanpa rasa was-was. Muahahaha... Nantikan episod akhir entry pasal perkahwinan aku neh.. Hahaha walaupun dah kira basi tapi aku tak pedulik nak buat jugak entry..

15 komen:

JM said...

oitttt..gambo yg last tu bile maso plak tu...akakaka


ngek tol gabanz..terhibur sebentar aku di kala tgh ketensionan tatkala membace n3 sewel ni...

kuikuikui

ayu@iu said...

wah.. gambo aku adola. yeyeh yeyeh ekekekeke

tentangseseorang said...

kenape gambor aku takde kenape??? kenape???

che^amad said...

>>jm: gambo last tu abg aku yg ambik.. dia byk ambik candid.. muahaho ko tgh korek idung pon ada jm.. wakakaka

>>ayu@iu: hehehe suka le tuhhh.. yg next entry ada lagi..

>>ady: sapa suruh ko tak datang bro.. aku dah suruh angkat ninja250 datang kenduri kitorg.. mesti hensem bergaya.. wakakaka

vagg. said...

wakakakakakaka aku nak pengsan baca.
gabanz adalah sewel.
ahahahahahahaha part BERJABAT TANGAN PALING TAK TAHANNNN.
wakakaka masa tuh i panas ok. nak amik tisu.
wakakaka mencik kat gabanzzzzzzzzz

JiaNg said...

hoh dah jadi pengantin tak berapa nak baru...baru nak bikin entry ni ke?? isk3

LoveHaterZ said...

perghhh...leganya rasa..
ko telah membuatkan aku ilang rasa bersalah belum update pasal Djogja yg baru 2 minggu aku tglkan weh.. ni tak agak2 dah berbulan baru nak hapdet! wakakaka!

p/s apsal muka aku serabai cam sedih tak dpt mkn jelly jellos colourful kat umah vagg tu woii... letak ler gambor lawa2 sket woiii! hahaha!

che^amad said...

>>vagg: ekekeke sampai ati u kata laki u sewel yek.. ahahaha bwekkk..

>>jiang: elelelele tahu le ko baru nak.. oppss... takleh cakap.. rehsia.. muahahahaa...

>>ima: wakakaka ok lagi tu ima... kalo setahun baru kira expired.. ekekeke

p/s: ekekeke aku mmg saje cari gambo ko yg paling serabai.. kalo takde pon aku edit kasi ada.. muahahaa

tentangseseorang said...

hah ko nak sponsor ninja250R untuk aku?? ahahaha terima kasih...aminnnnnn

che^amad said...

>>ady: drpd sponsor ko, baik aku sponsor diri aku sendiri.. wakakaka.. kataku sambil menjeling vagg.. heheh

strawberi said...

adeii...sket punya lama br apdet...cehh...tp seb baik bleh menghiburkan aku dikala tgh tensi nih..ehehe

che^amad said...

>>minah: ekekeke stendet le minah blog sawang le katakan.. kena le selari dgn tema nama blog aku.. muahahaha

JiaNg said...
This comment has been removed by the author.
sekeping tile dibilik air gaban said...

harapan aku pada pengantin lelaki...harap2 lepas ni tidak lagi menembak dinding...nanti tembus ke rumah jiran...sekian terima kasih...semoga kekal ke akhir hayat...

che^amad said...

>>jiang: elehhh nampak sgt ko salah guna nama sendiri kat posting komen atas terus delete pehtu tukar nama lain.. wakakaaka...