15 February 2009

Masanya Hampir Tiba...

Fuhhh lamanya aku tak kemaskini blog aku.. Dah jadi macam hidup segan, mati tak mahu.. kui kui kui.. Entry ni pun dah lama terperam dalam draft box aku.. Taip tajuk aje dah makan masa 3-4 hari. Berkubur le harapan aku nak jadi blogger tegar. Kes kes kes ada hati tu.. Rasanya tak perlu lagi diterangkan apakah faktor2 yg menyebabkan gejala ini terjadi pasal semua dah tahu.. muehehehe...

Aku pasti dah ramai yg tahu pasal hari bersejarahku yg bakal tiba tak lama lagi.. Rasa macam sekejap aje masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan 3 pun.. Debaran masih belum kuat melanda lagi. Tak tahu lagi 2-3 hari nanti macam mana pulak gayanya.. ekekeke..

Persiapan pula bagi pihak aku boleh dikatakan berjalan dgn kadar perlahan tetapi lancar. Mujurlah ada kakak aku yg banyak membantu ibuku menyediakan segala keperluan utk majlis tersebut. Dan aku sendiri akan pulang awal seminggu untuk membantu persiapan2 terakhir di rumah. Manakala bagi pihak perempuan pulak boleh le jenguk kat blog cayangku ini. Laporan dia lebih lengkap dan terperinci. Kagum aku dgn kegigihan dia menyiapkan keperluan utk hari bersejarah secara solo dgn bantuan yg minimum. Rasanya kalau aku yg berada di tempat dia mahu dah meroyan tahap tapir nak masak ikan siakap 8 rasa. Errr apasal ada kaitan dengan makanan pulak ni? kui kui kui.. Aku cuba memberikan bantuan setakat yg termampu dgn keadaan yg berjauhan ini.. sob sob sob... kataku sambil mengesat air mata yg berjuraian dgn hujung lengan baju..

Aku pun dah tak ada idea nak memanjangkan entry yg sepatutnya masuk dalam kuota bulan Februari tapi agak terlajak sikit. Akhir kata, kepada kawan2 aku yg nak datang ke majlis perkahwinan kami, semoga berhati2 di jalan raya dan sentiasa mematuhi hadlaju yg dibenarkan. Ewah macam iklan kat tv pulak rasanya. Kalau ada yg ambil kesempatan nak bercuti sekali tu selamat menikmati percutian anda dgn gumbiranya. Dan tak lupa juga kalau ada yg ambil kesempatan nak berjumpa bakal mertua tu selamat menjalani sessi suaikenal. Keh keh keh.. Dan (banyak pulak dan aku neh) andaikata ada yg aku terlepas pandang atau tidak berkesempatan memberikan kad jemputan tu, harap dimaafkan diriku yg serba kekurangan ini. Eh panjang pulak rasanya penutup kata aku ni.. Hehehe sekian...

4 komen:

vagg. said...

sape yg nak bersuai kenal tuh? wakakakakaa makwe dia kenal gua tak. kalo kenal.. bleh gua hasut sket soh demand2 time nak minang nanti.

padan muka dia kan gabanz kan. (lu jgn nak sebelahkan orang yg nk bersuai kenal tuh. kalo tak.. lu kawin ngan tok kadi jek. mau? hahaha)

che^amad said...

ekekeke biar le rahsia (padahal tahu dah wat2 tanye lak.. bwekkk)

ha-ah le vagg muka dia mmg padan sgt le dgn dia kan kan vagg kannn... kataku menyebelahkan vagg tanpa ragu2.. kui kui kui..

JiaNg said...

amboi2 bakal penganting nih!

-gagap-

JiaNg said...

uish vagg, ko tak nyesal ke kluar statement gitu?? jgn nyesal tau kalau gabang btul2 kawin ngan tok kadi tuh, bese la budak star kan, mmg susah nak bentuk dah nih hahahaha.

-juling-