20 January 2009

Tag dari Vagg


Aiseh nampaknya azam tahun baru aku dah tercemar sikit. Hehehe.. Ni semua angkara kerja yg bertimbun² kat pejabat sehingga membuatkan aku menjadi ketandusan idea nak berblog (ahahaha dlm ertikata lain; malas sebenarnya). Mujur le aku dapat tag dari si Vagg neh. Ada le jugak idea kan kann... Berikut adalah soalan tag :

Sesiapa yang kena tag,
1. Kena gambarkan 10 perkara berkenaan orang yang men’tag’ dia.
2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.
3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

Ini adalah 10 perkara yg dapat digambarkan pasal si Vagg neh:-

1. Seorang yg amat sukakan kanak-kanak. Dia cukup sensitif bab neh.

2. Beliau memang suka memasak.. Kataku tetiba terbayang bubur lambok.. kui kui kui

3. Tak suka gosok baju.. ekekeke abes sapa le nak gosok baju aku nanti.. ahahaha

4. Berkebolehan menghafal dan menyanyikan lagu jingle iklan.. malah lagu tema siri tv pun dia hafal jugak macam cerita Cili Padi tuhhh...

5. Meminati kaler putih.. Sebenarnya dia minat kaler pink tapi malu nak ngaku.. wakakaka

6. Bersungguh² ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Dia tak suka buat kerja separuh jalan atau sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga. Kalau lepaskan batuk kat lift mungkin ok sket kot tak penat nak panjat tangga.. Heh

7. Seorang yg suka berterus terang.. kalau dia tak suka, dia akan bagitau dia tak suka. Kalau dia suka, dia akan bagitau dia suka. (Hehehe harap² orang tak perasan teknik pemanjangan ayat aku)

8. Cukup minat dgn Jakpor Ong.. Aku pon tak sangka boleh jugak ada orang yg fanatik dgn abg bunga matahari sorang neh.. kes kes kes

9. Suka makan burger yg jual kat gerai² tuh. Menurut sumber yg agak tak boleh dipercayai, beliau boleh menghabiskan 2 bijik burger dalam 18 kelip mata.. hehehe

10. Aku amat kagum dengan kegigihan Vagg menjaga orang tuanya. Kini aku belajar utk lebih menghargai orang tua aku ketika mereka masih ada di dunia neh.

Apa aku nak tulis pasal diri aku yek? Eh tulis ke taip neh? Tak kisah le aku senaraikan beberapa perkara mengenai diri aku:-

1. Aku suka makan.. Kalo tengok entry pasal kronologi gambar foto aku boleh lihat "perkembangan" pesat muka muka aku.. muehehe..

2. Aku lebih suka naik motosikal kalau pegi mana2.. juga penah ada entry pasal neh.. ekekeke

3. Aku suka melukis dulu².. tapi sekarang sejak kerja banyak menggunakan komputer semakin melupakan minat aku yg satu neh.. hehehe tangan pun dah keras agaknya

4. Aku tak berpeluang merasai keseronokan di alam tadika.. Tatau le kenapa mak aku tak daftarkan aku tapi adik beradik aku yg lain semua dapat merasa termasuk adik aku. Adakah aku terlalu manja masa kecik? wakakaka hanya orang tua aku yg tahu sebabnya..

5. Dulu aku suka baca komik tapi seiring dengan peredaran teknologi, aku telah beralih kepada menonton anime. Lebih seronok dapat tengok aksi yg bergerak daripada membayangkan dgn imaginasi sendiri. Hohoho..

Rasanya 5 saje le aku kasi pasal diri aku. Lagipun dalam syarat tag takde sebut berapa banyak kena tulis. Ekekeke takde idea dah sebenarnya. Ermmm aku taknak tag sesapa pasal rasanya semua orang macam dah kena tag. Oleh itu, sekian sahaja. Kataku tak sabar2 nak abeskan entry neh. Muehehehe..

Gambo orang yg tag aku neh... kui kui kui

3 komen:

vagg. said...

ceyyyy ko puji aku jek banz???
sume yang elok nih
yang tak elok mana???
cessss nti pas kawen mula la moyan tengok pangai buruk aku wakakakaka

che^amad said...

wakakaka aku takot ko lak yg moyan kena buli nanti vagg.. muahahaha kataku memikirkan idea2 pembulian yg bernas.. ekekeke

JiaNg said...

aku kawinkan jugak budak 2 ekoq ni nanti...hahahaha