22 October 2008

Kenapa Aku Suka Naik Motosikal...

(tu bukan motor aku sebenarnya.. motor tu aku alih pasal duk sibuk blok motor aku nak keluar.. kui kui kui)

Entry bulan ini aku cuba utk mengetengahkan mengenai kecenderungan aku pada motosikal. Mesti ramai yang tak pernah tengok aku bawak kereta. Lagi pun aku memang takde kereta utk dibawak. Ekekeke... Kalau nak ke mana² aku lebih selesa dengan kenderaan 2 roda ini. Baru le rider namanya. Tapi takde le sampai tahap merempit. Aku penunggang yg berhemah lagi bersopan santun. Kalau le dorg boleh dengar, masa nak melintas tu mesti aku dah buat aksi tunduk sket sambil kata "tumpang lalu ye encik.."

Berikut aku nyatakan tujuh sebab mengapa aku suka naik motosikal:

1. Motosikal save budget minyak. Kalau naik kereta kena isi minyak koman² pun sepuluh hengget. (ini berdasarkan harga lama minyak le. Kalau baru lagi byk rasanya.. kui kui kui). Macam motor aku sekarang kalau isi full dlm RM8.00 dapat tahan seminggu kalau takat jalan biasa² le. Bagi perjalanan jauh lak, aku penah buat dari KL - KT dgn motor. Minyak hanya RM26.00 (neh masa harga minyak mahal RM2.70/liter). Kalau naik kereta, rasanye dekat RM70-80 kot.

2. Motosikal tak kena tol. Memandangkan aku pun dah jadi warganegeri Terengganu takde memberikan kesan sangat le. Ekekeke...

3. Tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Motor senang nak cilok² tapi kena berhati-hati le pasal kekadang ada pemandu kenderaan besar yg tak perasan dgn kehadiran kenderaan kecik neh.

4. Kos penyelenggaraan yg murah. Takat nak tukar 2 bijik tayar tu boleh tersenyum lagi le.. Kalo kereta, sebijik tayar aje pun pening kepala. Lebih² lagi kalau hujung bulan gaji tak masuk lagi. Kui kui kui... Termasuk jugak sparepart yang lain pun murah jugak. Tapi utk kategori kapcai le. Superbike lain cerita.. Muehehehe..

5. Senang nak parking. Kalau naik kereta masalah nak cari tempat parking terutama area yg agak sibuk. Kalau motor boleh parking selit² kat ruang yg ada. Dan kebanyakan ruang parking motor yg disediakan adalah free.

6. Boleh juga jadikan alasan utk lambat datang kerja time musim hujan. Walaupun ada baju hujan tapi merbahaya utk menunggang di dlm hujan (alasan aje.. padahal kalau time nak balik sanggup lak redah hujan.. wakakaka)

7. Sebenarnya aku berasa agak kekok nak bawak kereta. Sejak dapat lesen kereta, tak pernah lagi aku bawak kereta secara solo. Kena ada instructor le duduk sebelah. Wakakaka poyo je.. Tu pun berapa kali aje aku bawak. Nak kata fobia pun tak jugak pasal aku tak pernah lagi ada peristiwa menakutkan dgn kereta neh. Tapi nampaknya lepas ni kena le aku start membiasakan diri bawak kereta. Kataku sambil menjeling vaggafro..

Inilah motor yg aku sedang gunakan sekarang. Siap aku taruk langsir lagi nak ambik gambar tu (padahal sarung kusyen.. wakakaka)

10 komen:

JiaNg said...

bawak moto tak boleh nak pojek dalam kete...

che^amad said...

astaga ko neh jiang.. insap le wahai sahabatku.. kataku sambil tangan wat gaya ala2 nasyid

vagg. said...

hahahaha pdhal ko ada badi kan. kalo bawak keta rambut jadik AFRO. skang nih ko BERTAHAN rambut xjadik afro dgn menjauhkan diri dr bawak keta hahahahaa (gelak tekan perut smbil tuding2 jari kat gabanz)

kalo bawak nanti keta nih tgk la.. sebelah aku ada makhluk berambut AFRO. ahahaa xtahan. mana mandot nih.. nk ajak kutuk

che^amad said...

hoh siap ajak rakan sekutu dia yg byk kutu lagi tuh.. ekekeke mencik..
kalo kita upah driver pon ok jgk kan kan kannn... ekekeke

Misz HoNey said...

hoh..

aku nmpk pasaraya HERO!!!wakakakka.

a'ah..aku stujuk ngan vagg..kalo bwk moto rmbt tertutup xkene hangin..kalo bwk kete..kalo bkk cermin, pranggggggggg...gabanz tros bertukar jd APRO

wakakakakakka

msti ala2 alleycats nanti kan..

wakakakkakaka

vagg. said...

GABANZ: hahaha ko try le upah. tgk apa pembalasan aku nk kasi. muaahahaha

vagg. said...

MANDOT: ahahaha adehh xtahan saket perut ok. gabanz.. awk ok ke?ke dh nangeh guleng? haahha

che^amad said...

ahahaah mencik aku dua org sekutu membawa kutu neh.. kalo nampak tgh jalan aku langgar je siku masing2.. wakakaka

vagg. said...

GABANZ: hahaa tergamak nk langgar siku aku. xpe laaaaaa...........................................
..............................................
..............................................

(kasi byk titik sket baru nmpak SAYU hokey muahaha)

Misz HoNey said...

nk langgar siku aku??

sila la kalo nak tgk rambot apro ko makin kembang..

wkakakakkaa