23 July 2008

Salam Dari Pantai Timur

Wahhhh lamanya aku tinggalkan blog aku bersawang riang selepas balik ke kampung. Heh ada banyak faktor sebenarnya mengapa aku biarkan sawang2 ini bermaharajalela di blog aku yg indah ini. Tapi faktor utama adalah MALAS. Muehehehe... Untuk meningkatkan motivasi berblog, aku buatlah beberapa renovasi kecil-kecilan pada blog aku ni. Kui kui kui...

Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan operasi pengemaskinian blog aku ni. Takde le banyak sangat yg nak diceritakan sepanjang aku berada di kampung tercinta ini. Memandangkan idea untuk bercerita panjang agak terhad maka aku aplikasikan konsep "ringkas dan padat" kali ini. Hehehe memang dasar pemalasss...

Aku sampai ke kampung selepas 9 jam aku berada di jalanan. Aku bertolak dlm pukul 8.45 pg dan sampai ke Kuala Terengganu dlm lingkungan pukul 6 ptg. Ini adalah perjalanan terjauh secara solo aku dgn motosikal kapcai yg hanya mampu merempit dgn kelajuan maksimum 115 km/j. Tapi aku menten bawak 90-100 aje pasal nak jimatkan minyak. Sekali sekala aje aku belasah maksimum masa baru isi minyak. Hehehe... Kos keseluruhan untuk minyak adalah RM26 sahaja utk jarak sejauh 450km.

Buat masa ni aku berkerja kat rumah saja pasal pejabat yg sepatutnya aku tumpang masih belum disediakan. Kena tunggu bos aku datang ke sini dulu baru dia uruskan pejabat itu dgn kelengkapannya sekali. Tapi aku dah pergi tengok pejabat tu. Takde le jauh sangat dari rumah aku. Hehehe dekat aje dgn rumah budak apro tuh..

Pada 17 Julai 2008 pukul 1.45 pagi, akak aku selamat melahirkan anaknya yg ke-4 berjantina lelaki. Setelah beberapa hari mencari ilham, akhirnya bayi tersebut diberi nama Ahmad Ammar Thaqif. Kalau nak tau maksud nama tu, sila le google sendiri yek.. Sebagai penutup entry aku yg serba ringkas dan santai ini (dlm ertikata lain; malas) maka aku tampilkan beberapa keping gambar baby tersebut yg aku sempat snap utk tatapan umum. Mungkin dah ada yg tengok kat sini tapi aku tak kira nak taruk jugak. Muekekeke...




3 komen:

vagg said...

SEPET hikut sape la THAQIF nih?
setau aku mak ayah dia xsepet. muahahaha.

che^amad said...

hehe buat2 tanya plak dia neh... mesti le dia ikut agness monica.. muahahaha

AMMAR THAQIF said...

salam...

juz nak tahu, mane dapat ilham bg nama ammar thaqif????

sebab nama sy pown ammar thaqif, umur dah 18 tahun...