22 June 2008

Selamat Tinggal Kuala Lumpur...


Setelah hampir 8 tahun aku bermastautin mencari rezeki di kota metropolitan yg serba mencabar ini, tibalah masanya untuk aku kembali ke kampung halaman tercinta. Banyak peristiwa pahit manis yg aku perolehi di sini. Semuanya mengajar aku erti sebuah kehidupan. Cewahhh sastera betul ayat aku. Muahahaha...

Pagi esok aku akan memulakan perjalanan pulang ke kampung dgn motorku. Dan secara rasminya aku tidak lagi menjadi warga kota Kuala Lumpur. Kepada semua rakan², tak kira sama ada di dunia realiti mahupun siber (aku nak sebut nama sorang² ramai le pulak.. heheh) semoga sentiasa ingatkan aku yg berada di kampung halaman tercinta. Ekekeke.. Andai aku ada termakan, terminum, terkutuk dan segala "ter" apa² aje le (eh mcm nak raya pulak rasanya.. kui kui kui) harap sudilah kiranya memaafkan diriku yg serba kekurangan ini.

Heh sekianlah saja entry ringkasku sempena kepulangan aku ke pangkuan keluarga. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dapatlah kita berjumpa lagi. Tapi kita masih dapat berhubung secara siber. Segalanya berada di hujung jari anda (lain lah kalau guna mouse atau menaip dgn siku atau lutut.. ekekeke..) Akhir kata, kenang daku dalam doamu.. Muehehehe...

3 komen:

Anonymous said...

panjang umur kita jumpa lagi kawan..

-spider

pj said...

byebye Gaban..semoga ko jgnla lupekan aku dan kawan2 yer..ekeke..nasi minyak free jgn luper jemput pulak..kui3..akhir kata semoga berbahagia dan terus ceria di kg halaman yg terchenta..

vagg said...

samat tinggal AFRIKA SELATAN...
MOZAMBIQUE.. nantikan kepulanganku
muahahahaha