05 June 2008

Hari Itu Dalam Sejarah

Entry ini sebenarnya dah lama aku nak buat sejak balik dari kampung dulu. Tapi oleh kerana aku tak ada idea untuk mengarang, maka aku peramkan dulu kisah yg bersejarah dlm hidupku ini.

Kisah bermula pada 25 Mei 2008. Di sebuah rumah yg terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kelihatan penghuni rumah itu begitu sibuk menyediakan barang² bertemakan warna pink yang hendak dibawa ke destinasi satu lagi. Ada 7 barang kesemuanya yang akan dibawa. Sementara itu, para peserta yg akan menyertai rombongan tersebut telah pun tiba sambil dihidangkan dgn juadah sementara menunggu persiapan yg dilakukan selesai.


Maka pada jam 3.00 ptg para peserta rombongan pun mula bergerak menuju ke destinasi yg tidak berapa jauh dari rumah itu dengan beberapa buah kenderaan. Dan tinggal lah watak penting dlm kisah ini terkontang-kanting seorang diri di rumah kerana ditegah oleh ibunya dari ikut sama. Huhuhu...


Setelah selesai acara pertukaran barang² yg dibawa, tibalah pula acara makan² dan minum². Manakala watak penting yg berada keseorangan di rumah menanti kepulangan rombongan tersebut dgn penuh sabar sambil sempat berbual dan menyewel dgn buah hatinya melalui telefon bimbit.


Tidak lama kemudian, tibalah masa utk rombongan itu pulang. Takkan le pula nak tidur kat sana. Dan mereka tidak pulang dgn tangan kosong. Bersama dgn sedikit bekalan makanan utk si watak penting yg memang awal² dah membuat permintaan khas agar ditapaukan makanan (ekekeke tak malu betul) dan juga 7 barang pertukaran yg bertemakan warna biru. Dengan itu, selesailah sudah peristiwa penting peringkat pertama. Peringkat terakhir mungkin akan menyusul kemudian sehingga diberitahu kelak.
Begitulah secara ringkas liputan untuk hari bersejarah tersebut. Heeee....

Berikut disertakan beberapa rakaman visual barang pertukaran yg sempat diabadikan utk tatapan umum.








Dan kini, secara rasminya aku sudah menjadi tunangan orang. Muehehehe.. Harap maaf kerana tak dapat bagitau awal² kerana aku dah buat MoU dgn beliau selagi tak update kat blog, tak boleh bagitau orang dulu. Ekekeke mentang² le aku malas update blog. Wakakaka mencik...


4 komen:

strawberi said...

amboi..diam2 je ko..sekeh kang..huhu..seb baik aku baca blog jm td..baru la aku tau ko dh tunang..br je nk masuk minang ko..utk anak buah ko..ekekek

che^amad said...

ekekeke ko pon diam2 gak yek minah.. heh ko nk pinang aku untuk anak buah aku? errrr aku agak konpius sket ngan ayat ko neh.. kes kes kes

pn minah said...

eh..utk anak buah aku..ekekek...sudahla gaban..dh terlmbt sume..uhuk

Anonymous said...

wah wah wah ko neh kan gabang...ko memang kacang lupakan kulit...ko memang...sepatah haram ko x bitau akak ek...ko memang nak kena cubit...dedua aku nak cubit sebab x jemput aku...(eiii..ampun, akak baru tau sebab terserempak ngan cik vag kat dalam talian pepagi buta...after a long time mute and bz-ing, im happy bcoz my weekend was shock with a very gud news...tahniah!)eerr...sorry buat ucapan plak akak kat sini..