27 April 2008

Dah Setahun Rupanya...

Masa duk belek² entry lama aku (maklum le entry tak banyak memang senang nak belek.. ekekeke) aku terpandang entry pasal notebook kesayangan aku ni yang bertarikh 23 April 2007. Bermakna dah setahun rupanya si Benjo (saja nak lawan dgn Benji Vagg) menemani aku dgn setia. Banyak jasa Benjo ni kat aku. Selain daripada digunakan utk memuat turun cerita² terkini di pawagam tak kira cerita melayu, english, cina, korea, jepun hatta tamil sekali pun, turut menjadi rutin harian aku mengusung Benjo ni ke pejabat kerana komputer lama aku kat pejabat dah rosak. Memandangkan aku ni baik hati dan taknak membebankan boss aku (hehehe bila masa lagi nak ambik kesempatan puji diri sendiri) maka aku pun gunalah notebook aku ni utk membuat kerja kat pejabat. Lagi pun, lagi senang kalau aku nak sambung buat kerja kat rumah tak perlu nak cucuk² pendrive memindahkan fail kerja.

Selama setahun Benjo ni bersama aku, dah 4 kali rasanya aku format notebook ni. Pertama masa mula² beli aku install Windows XP SP2. Lepas tu menggatal pula nak pakai Vista bila tengok Sis Misty dan Jiang duk eksen dgn Vista. Lepas tu aku tukar semula kepada Windows XP SP2 yg versi terkini sebab ada driver printer kat pejabat tak boleh install jadi terpaksalah guna XP balik. Dan kini aku kembali menggunakan Windows Vista SP1. Mujurlah Vista yg baru ni lebih stabil dan dapat aku install driver printer kat pejabat tu. Lepas ni tak tahu le bila pula aku nak format lagi tapi buat masa terdekat ni aku masih berpuas hati dgn prestasi Benjo. Dari segi hardware pula memang takde sebarang masalah hanya suhu notebook yg cepat panas kerana penggunaan kad grafik ATI Mobility Radeon X1600 yg memaksa Benjo berkerja keras. Walaupun ada notebook cooler tapi tak banyak membantu. Kalau aku pasang air-cond kat bilik mungkin masalah ni dapat diatasi (kataku sambil menjeling Vagg.. ekekeke.. )

Sekian saja entry aku sempena ulangtahun yg pertama Benjo bersamaku. Heh ada juga modal utk aku menambah entry bulan April ni. Berikut aku pamerkan wajah terbaru desktop aku yg menggunakan tema ala² Apple kononnya. Muehehehe...


3 komen:

Misz HoNey said...

heh..br nk kutuk...ekekke

bak cni kasik aku pomat benjo ko tu..pehtu aku buh linux nak??muahahahha

vagg said...

letak mandot jgn xletakk. muahahaha.

weii GABANZ.. igt best ke benjo tuh. BENNIE lg best ok. muahahahaa

Misz HoNey said...

ahh..dedua xbesh..baik BENNIE mahupon BENJO...

lg besh CIKEN CHOP..

wkakakakaa