03 December 2007

Meh Mendonlod Torrent.. Hohoho..

Baru² neh ada org tanye aku camne nak mendonlod dari torrent... Sebelum tu pon ada orang tanye gak aku soklan yg sama.. Oleh itu, aku nak berkongsi sedikit ilmu mendonlod yg aku tau.. At least, kita sama² le mendapat manafaatnye iaitu takyah lagi beli dvd dari lanun cetak rompak.. Kita sendiri yg jadik lanun.. Muahahaha..

Pertama sekali yg diperlukan adalah line tenet broadband.. Sesapa yg menggunakan line tenet dial-up tu harap mahap le yek kerana teknik ini tidak berkesan utk anda.. Sekarang neh dah ada byk provider broadband selain drpd Streamyx seperti Celcom dan Maxis yg menggunakan sistem wireless. Err Jaring pon ada jugak rasanye menyediakan khidmat broadband tapi aku rasa macam tak ramai yg guna.. Atau mungkin aku aje yg tak prihatin.. Ekekeke..

Langkah kedua adalah mendapatkan program utk mendonlod torrent atau nama glemernye 'bittorrent client'.. Ada banyak program yg boleh digunakan seperti utorrent, azureus, ABC, bitcomet dan macam² lagi ler. Memandangkan aku biasa gunakan program utorrent aje so aku akan terangkan camne nak donlod torrent dgn utorrrent neh. Program tu boleh donlod di sini.. selepas itu ikut aje arahan yg tertera masa nak install tuh.. kemudian bila sampai ke part neh (sila rujuk imej di bawah) anda klik pada "use selected settings". Heh kalo tak jumpe, aku dah tanda merah tuh.. ekekeke


Maka sekarang dah setel le proses meng'install' program utk donlod torrent. Jika anda berasa yakin utk meminda mana² setting program tuh sila le berbuat demikian. Risiko tanggung sendiri yek. Kalo dak, guna aje yg default setting yg ada. Kompiter anda sudah sedia utk menjadi lanun peringkat amatur.. Ekekeke...

Kini tibalah masa utk langkah ketiga pulak. Apa yg diperlukan sekarang adalah bittorrent tracker iaitu portal dimana file² torrent di simpan. Antara bittorrent tracker yg biasa aku guna adalah Pirate Bay dan Mininova. Kalo nak try guna yg lain sila le google sendiri ek.. Hehehe.. Aku akan berikan satu contoh cara hendak mendonlod movie dari Mininova. Memula search dulu movie yg hendak didonlod. Katakan nak donlod citer Transformers.. Taip aje kat kotak search tuh dan klik butang search (rujuk imej berikut)


Pehtu akan keluar hasil carian yg dibuat. Kalau movie tu glemer, maka banyak le hasil cariannye. Untuk memilih file yg mana harus didonlod, boleh le ikut tips ini. Klik pada menu 'seed' (seperti yg tertera pada imej di bawah). Ini kerana konsep torrent adalah 'sharing is caring' (aku memandai je guna istilah neh.. ekekeke).


Oleh itu, kalo angka 'seeds' tu besar bermakna ramai le org sedang share file tu dan juga bermakna laju le proses mendonlodnye. Manakala 'leechers' tu pula menunjukkan angka orang yg seangkatan dgn kita sedang mendonlod sama. Heh korang paham ke ayat sivaji aku neh.. Kalo tak paham, boleh dapatkan info lebih lanjut kat wikipedia.. Ekekeke.. Kesimpulannye, kalo nak proses donlod anda laju, amik le file yg mempunyai bilangan seeder paling ramai mcm imej kat bawah neh..


Kemudian keluar le paparan yg neh (sila rujuk imej kat bawah lagi). Klik aje pada menu 'Download this torrent!'. Sayugia diingatkan menu mungkin berbeza mengikut tracker masing² tapi konsepnye tetap sama nak mendonlod le jugak. Hohoho..


Maka sekonyong² keluar le pulak menu neh di kaca skrin monitor anda (rujuk pada imej yek). Oleh kerana utorrent telah di'set' sebagai default program utk membuka file torrent ini maka klik saje pada butang 'open with' tersebut. Pehtu klik aje 'OK'. Automatik program utorrent akan muncul di monitor anda nanti.



Sejurus munculnye program utorrent tersebut, anda diberi pilihan utk mendonlod file² yg ada dlm pakej torrent itu. Biasanye file movie ada 2 format. Sama ada satu file lengkap movie berserta info sapa yg upload file tersebut (seperti yg ditunjukkan pada imej di bawah) atau file² yg telah dipecahkan kepada format RAR (boleh gunakan program winrar utk mencantumkan balik file² tersebut). Senang cerita, pilih le semua file yg ada dlm pakej tuh. Setting yg lain tak perlu tukar jugak. Cukup sekadar klik 'OK' dan proses mendonlod pon akan bermula. Aku saje taip banyak² nak kasi panjang entry aku.. Wakakaka...


Selepas itu, boleh le anda nak wat aktiviti bebas sementara menunggu file torrent tuh abes didonlod. Biasanye para pendonlod torrent tegar akan membiarkan kompiternye terpasang 24 jam utk membolehkan proses donlod sentiasa berjalan. Tempoh masanye pula tidak menentu. Kalo laju 'down speed'nye maka cepat ler citer tersebut boleh ditonton. Bila dah abes donlod, anda boleh le membuka folder di mana file tersebut disimpan utk melihat hasilnye. Andai kata anda terlupa di mana file tersebut disimpan, jangan panik (poyo jek ayat). Halakan mouse anda kepada file yg dah abes donlod tu dan klik kanan (rujuk pada imej di bawah lagi). Akan keluar satu menu (bukan menu makanan taw) dan klik le 'Open Containing Folder'. Jeng jeng jeng.. Folder misteri itu telah berjaya dikesan. Selamat menonton..



Rasanye cukup setakat itu aje le tutorial aku mengenai cara mendonlod torrent. Aku pon tatau korang paham ke dak. Entah² aku sorang jek yg paham.. Ekekeke.. Kepada mereka yg bertanye tu harap² dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menceburkan diri dlm dunia per'torrent'an ini. Aku men belasah jek wat tutorial neh. Untuk mendapatkan info yg lebih detail, boleh le google kat internet. Apa yg aku kongsi neh hanya berdasarkan pengetahuan aku yg sedikit aje. Kalo ada sesapa yg ingin menambah / berkongsi maklumat atau pengetahuan amat dialu²kan. Buat le macam blog anda sendiri yek.. Ekekeke.. Hoh pasneh boleh le aku menyawangkan blog aku utk beberapa ketika memandangkan entry aku yg sungguh informative serta memecah rekod entry terpanjang aku wat masa neh.. Kui kui kui..

3 komen:

vagg said...

nape pg nih rasa cam nk DEMAM cam JM hah? pastuh rasa cam nk kena GASTRIK...SAWAN...MEROYAN dan sbgnya?
owhhhh...sbb ENCIK GABANZ XMANDI telah mengAPDET blog secara berleluasa rupenye. ekekeke.

caiyok! caiyok!

che^amad said...

ekekeke mencik.. abes tenaga nasi goreng ayam aku pasal memerah otak nak menghasilkan rekod entry terpanjang utk taon neh taww..

errr ekskus mi.. aku MANDI yer cik vagg.. di ulang lagi sekali.. MANDIIIIIIIII... bwekkk :P

Diana said...

sori le dtg tak dijemput... tetiba je terbukak blog che^amad dan baca ttg torrent nih... sekadar nak kongsi pengalaman dload dr torrent nih.. saya pun tak penah beli cd/dvd... just dload dr torrent gak.. hihihi.. semenya bleh dload dgn percuma... mmg bagus xplaination che^amat tuh.. tahniah atas penjelasan yg pjg lebar sungguh lengkap sekali... hihih...