30 September 2007

Berbuka Posa kat Taman Warisan Pertanian

Pada hari Sabtu yg lepas, aku telah menjoinkan diri dalam majlis berbuka posa dgn bebudak sekolah lama dulu (saje guna perkataan 'budak' nampak muda sket..kes kes kes). Majlis itu telah diadakan di Taman Warisan Pertanian, Precinct 16 Putrajaya. Jauh siot aku merempit.. Ekekeke...

Aku bergerak dari umah dlm pukul 6 ptg. Memula tuh melilau jugak le aku nak mencari tempat tu tapi berbekalkan semangat yg gigih (kalau bulan tak posa mesti aku berbekalkan air) dgn berpandukan sign board berjaya jugak le aku mencari tempat tersebut. Kira ok le aku berjaya mencari tempat tu tak lama sgt.. Ada sorang member aku dari pukul 5 mencari tempat tu baru jek jumpe sejurus aku sampai.. muehehehe.. gelakku dgn eksennye..


Masa aku sampai tu dah ada beberapa org member aku yg dah tiba terlebih dahulu.. Dorang dah siap amik makanan pon. Time tu dah dekat nak masuk waktu berbuka so tanpa berlengah lagi aku pon terus beratur kat bahagian minuman. Heh amik air dulu yg penting. Kang baru amik makanan plak. Mereka menyediakan makanan berunsur tradisional dan juga makanan barat. Selepas makan kuih dan minum air teh panas, aku pon beratur utk mengambik nasi dan beberapa jenis lauk (sebenarnye aku dah tak baper ingat lauknye pasal main cedok aje.. ekekeke)

Malam itu, lebih kurang 20 org yg berjaya memeriahkan majlis berbuka posa tersebut. Ada
yg datang dgn bini dan ada yg datang solo (kes tinggal bini kat umah) dan mmg kerana masih solo (heh aku le tuh.. ekekeke).. Bila dah berjumpe tu, memasing rancak bersembang utk mengetahui perkembangan terkini setelah sekian lama meninggalkan bangku sekolah. Dan tidak ketinggalan jugak sessi kutuk mengutuk dan bergurau senda sambil mengimbau kenangan silam zaman persekolahan.

Akhirnye pukul 9.30 mlm pekerja kat situ dah bagi hint suruh balik dgn menutup beberapa lampu kat meja makan tu. Heh maka terpaksa le kitorg semua merambuskan diri dari situ. Dan aku baru perasan yg sebenarnye aku makan sikit je malam tuh pasal sakan sgt duk bersembang dgn member² lama. Heh mcm tak cayer aje tapi apa² pon, kesempatan berjumpe member² lama lebih berharga sebenarnye.. Kataku nak menyedapkan ati.. ekekeke... Sekian aje kisah majlis berbuka posa aku dgn member² lama sekolah dulu..

1 komen:

Misz HoNey said...

bab ayat "aku makn sikit je..." mmg aku xleh nk terima langsung bila kuau dr mulut/tgn dak gabanz neh..

ekekekke