06 March 2012

Sessi Lawatan Di Angin Lalu..

Wahhh meriahnya blog aku dengan sawang.. Sampai dah tak nampak pintu masuk rupanya.. Huhuhu...










Rasanya itu aje kot sebagai pembuka kata untuk tahun 2012.. Nampak sangat macam nak bersawang balik lepas ni.. Keh keh..

12 July 2011

Hai Saya Apin!

Bila dipadankan gambar Afi dgn Ipin sebelah menyebelah macam ada kimia pulak. Heeee...

Sekian..

12 April 2011

Lawak Pakcik-Pakcik

Aku adalah peminat tegar hasil karya kartunis Lambok. Lawak-lawak dia memang dinamik, segar dan tiada unsur-unsur olahan semula idea lawak yang sudah sedia ada. Tambahan dengan gaya persembahannya yang kemas dan terperinci, tidak salah rasanya jika aku nobatkan kartunis Lambok sebagai kartunis idola buat masa ni. Maka sebagai menghargai bakat yang rare ini, aku tampilkan dua hasil karyanya yang memaparkan konsep lawak pakcik-pakcik untuk tatapan bersama. (sila klik gambar untuk daya penglihatan yang lebih jelas)


p/s: Aku ada terbaca dalam satu artikel, rupanya Lambok ni pernah ambik kursus senibina. Patut le lukisan bangunan dia ada elemen-elemen senibina yang nampak detail. Iskk.. rasa gian pulak nak melukis balik...


13 March 2011

Ulangtahun Ke-2 Perkahwinan Kami


Hoh setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba aku muncul dengan entry ulangtahun. Nampak sangat tahap kemalasan super dewa memang menguasai diri.

Sedar tak sedar, dah 2 tahun aku memegang status suami (takkan le isteri pulak kan?).. Dan setahun pulak memegang status bapa. Kira setiap tahun ada perubahan status. Tapi tahun ni takde le pulak dapat status datuk. Lambat lagi tu kena tunggu Afi kahwin dulu.

Harapan aku, semoga perkahwinan kami semakin hari semakin utuh dan berkekalan dunia dan akhirat serta berjaya menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak kami. Dan juga semoga aku berjaya mendapat kerja tetap yang stabil kat Terengganu ni. Aminn...

01 January 2011

Wohooo.. 4 Tahun Tuhhh...


Entri wajib setiap tahun yang tak boleh dipandang ringan. Walaupun blog ini umpama padang jarak padang tekukur, namun setiap kali tahun baru menjelma, aku akan memastikan blog ini diupdate sebagai tanda kejayaan aku mengekalkan konsep sawang yang sekian lama dipraktikkan. Semoga tahun baru ni aku mampu mengurangkan tahap kesawangan blog aku.